THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, 27 May 2010

Mengapa harus jadi begini?

Kenapa hidupku begitu menyedihkan?
Aku seperti menumpang kebahagiaan orang lain.
Aku pernah mempunyai kebahagiaan sendiri tetapi ia hanya sementara.
Kebahagiaanku telah dirampas seseorang yang baru mulakan hubungannya bersama kami. Apa salah yang pernah ku lakukan sehingga dia sangat membencikan diriku?
Selepas aku mengundurkan diri dari persahabatan itu, aku telah mulakan hidupku yang baru dan menyertai kumpulan rakanku yang lain.
Sejujurnya ingin ku katakan di sini, aku sangat gembira pabila bersama mereka. Malahan, pabila bersama mereka, aku baru merasakan kebahagiaan.
Daripada mereka, aku belajar erti persahabatan.
Mereka banyak membantu ku dalam semua perkara.
Tapi, kekadang aku juga rasa tersisih dan terpinggir.
Mungkin itu hanya perasaan ku.
Kekadang aku hanya bertindak mengikut perasaan dan langsung tidak memikirkan perasaan orang lain.
Jika terdapat perbuatan ku yang kurang menyenangkan semua, inginku memohon beribu-ribu ampun.
Akhir kata, semoga Tuhan merahmati anda semua. :)

Love, ANN MARIE KAULITZ <3

0 comments: